‘Duit Tak Ada Tetapi Haruan Ada’-Lihat Bagaimana Kanak-Kanak Ini Dapatkan Joran Guna Sistem Barter

- Advertisement -

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Mungkin itulah pepatah yang sesuai buat dua kanak-kanak dari Klang ini yang berjaya mendapatkan joran baru hanya dengan melakukan sistem barter.

Kejadian sistem barter itu dikongsikan sendiri oleh pemilik kedai peralatan memancing DRAVE, Roob Ganesan pada minggu lalu seperti dilaporkan portal MalayMail dan Says.

Menurut pemilik kedai peralatan memancing itu, kejadian tersebut bermula apabila dia dimaklumkan pekerjanya yang dua kanak-kanak tersebut sedang mencarinya untuk membeli rod joran yang baru di kedai mereka.

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila kedua-duanya difahamkan tidak mempunyai wang untuk menggantikan rod mereka yang telah patah dan hanya membawa ikan haruan untuk melakukan sistem barter dengannya.

“Duit tak ada dia cakap, haruan dia ada la.

First time aku jual barang dengan ikan haruan, hahahahaha,” kongsi Roob di Twitter-nya.

Twitter

FOTO: TWITTER ROOB GANESAN

Walaupun tindakan kanak-kanak tersebut mencuit hatinya namun Roob berkata kerana mereka tidak mencuri untuk mendapatkan sesuatu maka dia memutuskan untuk memberikan joran tersebut kepada mereka.

Malah dia juga sempat berseloroh bersama pengikutnya memaklumkan sesiapa yang mahukan ikan haruan yang diperolehinya melalui sistem barter itu untuk berjumpa dengannya.

Perkongsian Roob mengenai usaha dua kanak-kanak itu melakukan sistem barter dengannya telah mendapat lebih 7,000 retweet dengan rata-rata netizen turut memuji tindakan mereka.

“Bagus budak ni bukan macam budak dekat Twitter, nak barang guna retweet,” komen salah seorang netizen di hantaran tersebut.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat