Ejen Ali dapat pengiktirafan festival antarabangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Filem animasi paling laris, Ejen Ali The Movie akan menyertai dua festival filem bertaraf antarabangsa, tahun ini.

Ia membabitkan Anugerah Cartoons on the Bay 2020 (COTB2020) di Itali, bulan ini dan Asean Film Week 2020 (AFW) di Vietnam pada Disember depan.

Ejen Ali The Movie bersaing dengan 16 filem bagi kategori Filem Animasi Terbaik, Anugerah Cartoons on the Bay 2020 (COTB2020) di Itali, bulan ini. - Foto Primeworks Studios
Ejen Ali The Movie bersaing dengan 16 filem bagi kategori Filem Animasi Terbaik, Anugerah Cartoons on the Bay 2020 (COTB2020) di Itali, bulan ini. – Foto Primeworks Studios

Terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation Sdn Bhd, filem animasi itu antara 16 filem yang akan bertanding dalam kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik di COTB2020 pada 3 hingga 5 Disember ini di Pescara, Itali.

Di AFW pula, Ejen Ali The Movie diberi penghormatan mewakili Malaysia dalam festival yang akan berlangsung di tiga bandar Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh dan Da Nang pada 20 hingga 24 Julai ini.

Filem adaptasi menerusi kejayaan siri animasi televisyen, Ejen Ali yang disiarkan pada 2016 itu meraih keuntungan lebih RM30.8 juta di carta pecah panggung Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pencapaian itu menjadi penanda aras produk animasi tempatan kian diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana diyakini kualiti.

“Ia adalah satu penghormatan besar buat Malaysia. Kami memulakan fasa kedua 2020 dengan menyaksikan pencapaian Ejen Ali The Movie di persada festival antarabangsa.

“Kejayaan ini menjadi kejayaan yang membanggakan kerana dapat berada seiring dengan pengkarya kreatif animasi terbaik antarabangsa lain.

“Saya ucapkan syabas kepada rakan karya, WAU Animation atas pencapaian dalam menghasilkan dunia animasi yang unggul dengan penceritaan indah yang dilihat dalam filem ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, WAU Animation yang juga pengarah filem itu, Usamah Zaid Yasin berkata, penyertaan filem animasi itu ke festival antarabangsa menjadi pembakar semangat.

“Ia menjadi pendorong untuk terus berkarya dan mencipta animasi lebih baik dan bermutu, lebih lagi dalam keadaan dunia yang sedang pulih daripada pandemik COVID-19.

“Kami berbesar hati diiktiraf dan diberi peluang mewakili Malaysia. Kami teruja mahu melihat reaksi penonton di Itali dan Vietnam,” katanya.

BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat