Tidak Senang Dengan Peningkatan Pengguna TikTok, Facebook Mahu Hasilkan Aplikasi Pencabar

- Advertisement -

Mula menjadi kegilaan sejak tahun lalu, siapa sangka gelombang aplikasi ini sudah mulai diterima pengguna seluruh dunia. Mulai digunakan oleh golongan muda, aplikasi ini kini semakin popular di kalangan orang ramai dengan jumlah pengguna seramai 800 juta pelanggan.

Di sebalik peningkatan pengguna yang drastik, TikTok akhir-akhir ini telah dihalang penggunaannya di India dana bakal diikuti dengan negara Amerika Syarikat berikutan beberapa isu termasuk perkongsian data peribadi pengguna.

Instagram-Reels-Creation-02-950×587

Melihat kepada peningkatan pengguna aplikasi ini, Facebook dilaporkan sedang mencari peluang untuk menghasilkan sebuah aplikasi seumpama TikTok dalam menarik pengguna TikTok menggunakan aplikasi di bawah kendalian Facebook. Facebook dilaporkan bakal melancarkan aplikasi Instagram Reels dalam beberapa minggu akan datang.

Bukan itu sahaja, Netflix melaporkan mereka turut melihat TikTok sebagai pencabar mereka sekaligus sedia meningkatkan kandungan premium pada platform mereka. Usaha yang dilakukan Netflix ini dikatakan bakal diikuti oleh platform penstriman lain seperti Amazon dan Disney.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat