Bila cadang formula dibalas ejekan, Rafizi kongsi 4 petua dan janji akan ‘move on’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli berkongsi empat petua dalam ucapan terakhirnya sebagai Menteri Ekonomi kepada kakitangan Kementerian Ekonomi di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 13 Jun baru-baru ini.

Beliau malah secara berseloroh berikrar bahawa ucapan terakhir itu adalah hantaran (posting) terakhir berkaitan jawatan Menteri Ekonomi dan berjanji akan ‘move on’.

“Ini posting terakhir yang berkaitan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Lepas ni memang betul-betul move on dah.

“Ucapan terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi ialah kepada kakitangan Kementerian Ekonomi di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Saya minta maaf atas segala kelemahan dan keterlanjuran saya.Saya ucap terima kasih dan terhutang budi atas segala jasa baik dan khidmat warga Kementerian Ekonomi.

“Sebahagian besar ucapan saya berkisar kepada perkongsian mengenai 4 petua dalam menjalankan tugas ia merupakan buah fikiran dari tokoh besar dunia yang telah meninggalkan impak besar dalam 100 tahun yang lepas.

“Saya kongsikan, kalau berguna boleh kita hayati: “𝗡𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗱𝗼𝘂𝗯𝘁 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗮 𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹 𝗴𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗼𝗳 𝘁𝗵𝗼𝘂𝗴𝗵𝘁𝗳𝘂𝗹, 𝗰𝗼𝗺𝗺𝗶𝘁𝘁𝗲𝗱 𝗰𝗶𝘁𝗶𝘇𝗲𝗻𝘀 𝗰𝗮𝗻 𝗰𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲 𝘁𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱; 𝗶𝗻𝗱𝗲𝗲𝗱, 𝗶𝘁’𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝗼𝗻𝗹𝘆 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗵𝗮𝘀.” (𝘔𝘢𝘳𝘨𝘢𝘳𝘦𝘵 𝘔𝘦𝘢𝘥) -Perubahan tidak pernah digerakkan oleh satu kumpulan yang besar. Perubahan berlaku kerana keyakinan satu kumpulan kecil yang ada kesedaran,” kongsi beliau.

Pesan kedua ahli Parlimen Pandan itu ialah: “𝗜𝘁 𝗶𝘀 𝗻𝗼𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗰𝗿𝗶𝘁𝗶𝗰 𝘄𝗵𝗼 𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁𝘀; 𝗻𝗼𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗺𝗮𝗻 𝘄𝗵𝗼 𝗽𝗼𝗶𝗻𝘁𝘀 𝗼𝘂𝘁 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗵𝗲 𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻 𝘀𝘁𝘂𝗺𝗯𝗹𝗲𝘀, 𝗼𝗿 𝘄𝗵𝗲𝗿𝗲 𝘁𝗵𝗲 𝗱𝗼𝗲𝗿 𝗼𝗳 𝗱𝗲𝗲𝗱𝘀 𝗰𝗼𝘂𝗹𝗱 𝗵𝗮𝘃𝗲 𝗱𝗼𝗻𝗲 𝘁𝗵𝗲𝗺 𝗯𝗲𝘁𝘁𝗲𝗿. T𝗵𝗲 𝗰𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝗯𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝘀 𝘁𝗼 𝘁𝗵𝗲 𝗺𝗮𝗻 𝘄𝗵𝗼 𝗶𝘀 𝗮𝗰𝘁𝘂𝗮𝗹𝗹𝘆 𝗶𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗮𝗿𝗲𝗻𝗮, 𝘄𝗵𝗼𝘀𝗲 𝗳𝗮𝗰𝗲 𝗶𝘀 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗲𝗱 𝗯𝘆 𝗱𝘂𝘀𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝘀𝘄𝗲𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗯𝗹𝗼𝗼𝗱; 𝘄𝗵𝗼 𝘀𝘁𝗿𝗶𝘃𝗲𝘀 𝘃𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻𝘁𝗹𝘆; 𝘄𝗵𝗼 𝗲𝗿𝗿𝘀, 𝘄𝗵𝗼 𝗰𝗼𝗺𝗲𝘀 𝘀𝗵𝗼𝗿𝘁 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻, 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘁𝗵𝗲𝗿𝗲 𝗶𝘀 𝗻𝗼 𝗲𝗳𝗳𝗼𝗿𝘁 𝘄𝗶𝘁𝗵𝗼𝘂𝘁 𝗲𝗿𝗿𝗼𝗿 𝗮𝗻𝗱 𝘀𝗵𝗼𝗿𝘁𝗰𝗼𝗺𝗶𝗻𝗴; 𝗯𝘂𝘁 𝘄𝗵𝗼 𝗱𝗼𝗲𝘀 𝗮𝗰𝘁𝘂𝗮𝗹𝗹𝘆 𝘀𝘁𝗿𝗶𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗱𝗼 𝘁𝗵𝗲 𝗱𝗲𝗲𝗱𝘀.
𝗪𝗵𝗼 𝗸𝗻𝗼𝘄𝘀 𝗴𝗿𝗲𝗮𝘁 𝗲𝗻𝘁𝗵𝘂𝘀𝗶𝗮𝘀𝗺𝘀, 𝘁𝗵𝗲 𝗴𝗿𝗲𝗮𝘁 𝗱𝗲𝘃𝗼𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀; 𝘄𝗵𝗼 𝘀𝗽𝗲𝗻𝗱𝘀 𝗵𝗶𝗺𝘀𝗲𝗹𝗳 𝗶𝗻 𝗮 𝘄𝗼𝗿𝘁𝗵𝘆 𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲; 𝘄𝗵𝗼 𝗮𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗯𝗲𝘀𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝘀 𝗶𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱 𝘁𝗵𝗲 𝘁𝗿𝗶𝘂𝗺𝗽𝗵 𝗼𝗳 𝗵𝗶𝗴𝗵 𝗮𝗰𝗵𝗶𝗲𝘃𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁, 𝗮𝗻𝗱 𝘄𝗵𝗼 𝗮𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝘀𝘁, 𝗶𝗳 𝗵𝗲 𝗳𝗮𝗶𝗹𝘀, 𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗮𝘀𝘁 𝗳𝗮𝗶𝗹𝘀 𝘄𝗵𝗶𝗹𝗲 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗴𝗿𝗲𝗮𝘁𝗹𝘆, 𝘀𝗼 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗵𝗶𝘀 𝗽𝗹𝗮𝗰𝗲 𝘀𝗵𝗮𝗹𝗹 𝗻𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗯𝗲 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝘁𝗵𝗼𝘀𝗲 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗮𝗻𝗱 𝘁𝗶𝗺𝗶𝗱 𝘀𝗼𝘂𝗹𝘀 𝘄𝗵𝗼 𝗻𝗲𝗶𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗸𝗻𝗼𝘄 𝘃𝗶𝗰𝘁𝗼𝗿𝘆 𝗻𝗼𝗿 𝗱𝗲𝗳𝗲𝗮𝘁.” (𝘛𝘩𝘦𝘰𝘥𝘰𝘳𝘦 𝘙𝘰𝘰𝘴𝘦𝘷𝘦𝘭𝘵).

“Maksudnya, bila kita ingin melakukan perubahan, lebih ramai yang mencemuh dan menghina. Lebih ramai yang rasa mereka pakar segalanya. Kalau kita cadang formula, mereka mengejek. Tetapi lebih baik menjadi orang yang bertempur di dalam gelanggang dan mencuba membawa perubahan, dari tukang sorak di luar. Tukang sorak di luar hanya menang sorak, tetapi tidak pernah faham erti kemenangan atau kekalahan.

“𝗜𝗻𝘀𝗮𝗻𝗶𝘁𝘆 𝗶𝘀 𝗱𝗼𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗵𝗲 𝘀𝗮𝗺𝗲 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗼𝘃𝗲𝗿 𝗮𝗻𝗱 𝗼𝘃𝗲𝗿 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗱 𝗲𝘅𝗽𝗲𝗰𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗳𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁 𝗿𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁𝘀” (𝘌𝘪𝘯𝘴𝘵𝘦𝘪𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘉𝘦𝘯𝘫𝘢𝘮𝘪𝘯 𝘍𝘳𝘢𝘯𝘬𝘭𝘪𝘯)- Bila kita ingin membawa perubahan, bila ada peluang melakukan perubahan, janganlah kita mengulangi apa yang telah dibuat sebelum itu (yang menjadi punca kepada masalah yang memerlukan perubahan). Itu adalah satu kegilaan.

“𝗧𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝘀𝘁 𝗰𝗼𝘂𝗿𝘁 𝗶𝘀 𝗶𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱 𝗼𝗻𝗲’𝘀 𝗼𝘄𝗻 𝗰𝗼𝗻𝘀𝗰𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗰𝗼𝗻𝘃𝗶𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗶𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝘁𝗿𝗶𝗯𝘂𝗻𝗮𝗹 𝘁𝗼 𝘄𝗵𝗶𝗰𝗵 𝗼𝗻𝗲 𝗺𝘂𝘀𝘁 𝗳𝗶𝗻𝗮𝗹𝗹𝘆 𝗮𝗽𝗽𝗲𝗮𝗹.”(𝘔𝘢𝘹 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘤𝘬) -Mahkamah terakhir di mata dunia ini ialah prinsip dan keyakinan kita. Kita boleh menang yang lain, tetapi mahkamah rayuan terakhir, di mata orang lain, ialah nilaian bagaimana kita hidup dengan prinsip dan keyakinan kita. Orang lain mungkin tidak bersetuju dengan pandangan kita, tetapi mereka tidak boleh menidakkan kehormatan yang datang dari satu hidup yang berlandaskan prinsip,” kongsi Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat