Ahli Parlimen Wangsa Maju nafi mahu ikut jejak Rafizi, Nik Nazmi keluar PKR

KUALA LUMPUR,  – Ahli Parlimen Wangsa Maju menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk mengikut jejak langkah Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meskipun hadir ke program pengumuman hala tuju politik kedua-dua pemimpin tersebut semalam.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata kehadirannya ke Program Hala Tuju Politik Rafizi Ramli dan Nik Nazmi di Petaling Jaya Performing Arts Centre adalah atas jemputan sahabat seperjuangan semata-mata bagi mendengar perkongsian mengenai perjuangan politik mereka pada masa hadapan.

“Saya menerima pelbagai pertanyaan berhubung kehadiran saya dalam pengumuman Program Hala Tuju Politik Rafizi Ramli dan Nik Nazmi yang berlangsung semalam.

“Saya hadir atas dasar memenuhi jemputan sahabat seperjuangan untuk menyaksikan perkongsian hala tuju perjuangan mereka pada masa hadapan,” katanya.

Beliau turut menghormati keputusan Rafizi dan Nik Nazmi yang mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa hari ini serta keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula esok.

Menurutnya, keputusan tersebut diyakini dibuat selepas pertimbangan menyeluruh dan bukan didorong kepentingan peribadi.

Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen Wangsa Maju itu turut berpandangan bahawa tindakan kedua-dua pemimpin berkenaan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang termasuk Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Anti-Lompat Parti.

“Pada pandangan saya, tindakan mereka semalam tidak melanggar mana-mana akta terutamanya peruntukan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berkenaan anti-lompat parti, mahupun sebarang bon yang terikat bersama Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Beliau turut mengajak semua pihak meneliti agenda perjuangan gerakan “Bersama” menerusi laman web bersama.org bagi memahami fokus dan hala tuju gerakan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menegaskan komitmennya sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju kekal tidak berubah dan akan terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab terhadap rakyat di kawasannya.

“Sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju, saya kekal komited dalam menjalankan tanggungjawab saya sepenuhnya kepada pengundi dan rakyat Parlimen Wangsa Maju,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat