Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

- Advertisement -

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah bidaan RM150,000.

Menurut Muhammad Sanusi, Dengan jumlah bidaan RM150,000 tersebut, kenderaan tersebut sah menjadi milik Ustaz Mohammad Yaakob dan wang bidaan tersebut akan disumbang kepada rakyat Palestin.

“Kereta Volvo XC60 3.0 T6 telah menjadi milik Ust Mohammad Yaakob Yusra Mohd Yusof dan wang bidaan RM150,000.00 menjadi milik rakyat Palestin. Bayaran telah dibuat kepada Tabung Kemanusiaan PASRelief (#Aid4Palestine )melalui pindahan atas talian. Alhamdulillah…” kata Menteri Besar melaui catatan Facebooknya.

Terdahulu, pada 15 Mei lepas, YAB Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor melalui catatan Facebooknya mempelawa orang ramai untuk membida kenderaan milik jenis Volvo XC60 3.0.

Menurut Sanusi, wang hasil bidaan tersebut akan disalurkan ke akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PASRelief untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh tentera penjajah Israel.

Katanya lagi, kereta ini yang sudah selesai hutang bank.

“Sayang sangat kat kereta ni tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin,” ujarnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat