Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes di Selangor, diikuti masing-masing lima kes di Sarawak dan Pulau Pinang serta masing-masing empat kes di Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, tiga kes kematian dilaporkan di Perak, Pahang (dua) dan masing-masing satu kes di Kedah dan Negeri Sembilan.

“Kes kematian yang dilaporkan hari ini membabitkan seorang warga asing dan 46 warganegara berusia antara 33 hingga 94 tahun.

“Kebanyakan daripada mereka mempunyai pelbagai penyakit kronik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagi kes baharu yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,865 kes dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat ke 479,421 kes.

Daripada jumlah itu, katanya, Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 1,743 kes, diikuti Sarawak ( (512), Kuala Lumpur (477), Johor (407) dan Kelantan (406). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat