‘Hentikan ganggu peribadi saya!’

- Advertisement -

PELAKON filem Man of Steel, Henry Cavill menerusi hantaran di Instagram, meminta supaya peminat dan pengikutnya di platform media sosial itu berhenti mengganggu kehidupan peribadinya.

Dalam hantaran yang turut disertakan dengan foto bersama kekasihnya, Natalie Viscuso itu, dia mengakui apa yang berlaku di ruangan komen Instagramnya sebagai sesuatu yang mula menunjukkan tanda-tanda negatif.

“Kepada peminat dan pengikut, saya nak buat sedikit pengumuman. Sejak kebelakangan ini, saya mula nampak ada beberapa unsur negatif dan semakin menjadi-jadi di ‘feed’ saya.

“Banyak spekulasi mengenai kehidupan peribadi dan juga kerjasama profesional saya yang membuatkan saya perlu bersuara kerana ia mula nampak sebagai satu benda buruk,” tulisnya.

Tambahnya, tindakan sesetengah individu yang mula bersikap biadap perlu dihentikan.

“Kita hidup dalam zaman media sosial. Semakin hari, semakin ramai orang yang mungkin merasakan pendapat mereka tidak didengar, cuba meluahkan pendapat mereka untuk mencuri perhatian orang lain.

“Jadi, kepada mereka yang gemar meluahkan pendapat buruk mengenai orang lain dan menunjukkan sikap menjengkelkan melalui pelbagai cara, ia perlu dihentikan,” katanya.

Spekulasi yang timbul juga mengganggu orang tersayangnya dan dia turut meluahkan rasa cintanya kepada kekasih, Natalie

yang juga dikenali sebagai Presiden TV dan Studio Digital Legendary Entertainment.

“Saya sangat bahagia dalam cinta dan kehidupan saya. Saya sangat bersyukur sekiranya anda semua turut berkongsi rasa sama.

“Sekiranya anda tidak dapat berkongsi rasa bahagia dengan saya, sekurang-kurangnya, lakukan sesuatu yang boleh membanggakan diri sendiri dan jadi versi terbaik diri anda,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat