Bella Hadid turun padang berjuang untuk Palestin!

- Advertisement -

MODEL terkemuka, Bella Hadid menunjukkan sokongan padunya kepada Palestin apabila muncul di jalanan dan menyertai protes terhadap konflik Insrael-Palestin pada hujung minggu lalu.

Di Instagramnya, Hadid berkongsi foto serta video di acara protes yang berlangsung di kota New York itu bagi menunjukkan tanda sokongannya terhadap Palestin.

“Saya rasa berbesar hati dapat berada dalam kalangan warga Palestin yang jelita, pintar, saling hormat-menghormati, menyayangi, baik hati dan tidak lokek, berkumpul di satu tempat.

“Kami generasi yang unik! Kebebasan untuk Palestin!” tulisnya di Instagram.

Hadid yang juga anak kepada mogul hartanah berketurunan Palestin, Mohamed Hadid juga menulis sokongannya dalam foto lama yang dimuat aik semula.

Dalam foto itu, Hadid menyertai protes di London sekitar empat tahun lalu.

“Saya berdiri bersama saudara-saudara Palestin saya. Saya akan jaga dan sokong mereka semampu saya. Saya sayangkan kamu semua.

“Saya faham apa yang kamu semua rasakan dan saya menitiskan air mata untuk kamu,” katanya.

Sokongan Hadid itu juga dikongsikan ramai pengguna media sosial Malaysia di pelbagai platform termasuk  Facebook, Instagram dan Twitter.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat