Kerjasama strategik perluas Advokasi Antigangguan Seksual

- Advertisement -

GOMBAK: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi dalam menjayakan perkongsian strategik dalam usaha untuk memastikan pelaksanaan dasar, program dan inisiatif Kementerian mencapai keberhasilan yang dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

Menurut Menterinya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri,  kerjasama ini membolehkan masyarakat menjadi ‘mulut’, ‘mata’ dan ‘telinga’ KPWKM sebagai penyampai maklumat khususnya mengenai gangguan seksual.

“Peranan orang ramai amat diperlukan untuk menghebahkan mengenai kesedaran gangguan seksual seterusnya membuat aduan bagi gangguan yang berlaku.

“Dengan beroperasinya Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS), masyarakat boleh memanfaatkannya untuk membuat aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang telah berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024,” katanya ketika merasmikan “Seminar KASIH Semurni Usaha KPWKM @Antigangguan Seksual anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini.

Jelas beliau, matlamat TAGS adalah untuk mendengar dan mengadili aduan gangguan seksual dengan bebas, adil dan saksama.

Dalam pada sama, Nancy turut merasmikan kempen “Zero Tolerance Sexual Harassment on Campus” anjuran Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bagi mencegah gangguan seksual dalam kalangan warganya di kampus.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan video pendek antigangguan seksual terbaik dan pertandingan poster kempen antigangguan seksual terbaik kepada pelajar yang mengambil bahagian sebelum seminar ini berlangsung.

Peserta yang memenangi pertandingan tersebut membawa pulang wang tunai dan sijil penghargaan.

”Dengan motto ‘Ilmu Sejahterakan Masyarakat’, ISM akan menggiatkan lagi usaha kerjasama strategik sebagai salah satu inisiatif institut itu dalam menyebarkan ilmu dan maklumat berkaitan isu- isu sosial dalam kalangan masyarakat dan pemegang taruh khususnya inisiatif-inisiatif KPWKM kepada kumpulan sasarnya,” katanya.

Seminar Antigangguan Seksual menampilkan pakar bidang dan penceramah terkemuka dalam isu
gangguan seksual seperti YM Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor (Peguam/Konsultan dalam Pembangunan), SAC Siti Kamsiah binti Hassan (Ketua Penolong Pengarah (D11) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, PDRM), Puan Nor Zabetha Mohd Noor, Puan Nurshuhaida binti Zainal Azhar, Ketua Seksyen Tuntutan dan Perundangan TAGS, YBhg. Prof Dr. Akmal Khuzairy Abd Rahman (Timbalan Rektor, Pembangunan Pelajar & Penglibatan Masyarakat), dan Sr. Nurfatini Qistina binti Zulkifli (Setiausaha Agung, Student Union, IIUM).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Lembaga Pengelola UIAM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Dr.
Faridah binti Awang, Pengarah ISM dan Pengurusan Tertinggi KPWKM dan UIAM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat