Kerajaan Perpaduan pandang serius pihak main sentimen panaskan suhu kaum dan agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekretariat Kerajaan Perpaduan memandang serius tindakan sesetengah pihak yang memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan yang mampu mengancam keharmonian negara dan kerukunan masyarakat pelbagai kaum.

Menurut kenyataan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.

“Selain itu, semua parti Kerajaan Perpaduan bersepakat akan terus mempertahankan orientasi dan pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum.

“Dengan pendekatan kesederhaan bagi menjamin kestabilan, Kerajaan Perpaduan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar-dasar yang boleh mensejahterakan rakyat terutamanya bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negara,” kata kenyataan itu selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pada Rabu di Seri Perdana, Putrajaya.

Kata Asyraf lagi, mesyuarat juga turut membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Bharu.

“Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti-parti Kerajaan Perpaduan.

“Penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, parti-parti Kerajaan Perpaduan Malaysia akan dipengerusikan bersama oleh Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Steven Sim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat