Ismail Sabri dah tanya bulan lepas di Parlimen, sekarang orang lain acah marah, terkejut – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah membangkitkan persoalan kepada Kerajaan Perpaduan berhubung status menukarkan tempat tahanan Datuk Seri Najib Razak dari Penjara Kajang ke tahanan rumah, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Namun kini, ada pihak yang didakwa berpura-pura terkejut dan marah tentang Titah Adendum (tambahan) yang melibatkan perubahan status tahanan Najib dari Penjara Kajang ke tahanan rumah.

“Kamu semua acah terkejut dan berpura-pura marah.

“Ismail Sabri sudah lontarkan isu perubahan status tahanan Najib bulan lepas lagi (Mac) di Parlimen.

“Walaupun Ismail Sabri nampak baik, slow dan steady tapi sekarang dia dah buat kamu semua gelabah,” bidas Khairy di Instagramnya pada Khamis.

Dalam perbahasan Titah Diraja pada 7 Mac lalu, Ismail mengemukakan soalan kepada kerajaan, katanya sewaktu membuat rayuan pengampunan Najib beliau difahamkan ada lampiran supaya Najib ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah.

Malah Ismail Sabri turut difahamkan penukaran tahanan penjara ke tahanan rumah itu ada di dalam
petisyen permohonan.

“Adakah ini benar atau tidak?

“Kalau benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan Najib? soal Ahli Parlimen Bera itu namun soalan beliau tidak diberi maklum balas oleh pihak kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat