Malaysia Sedia Terima 15 Tawanan Perang Palestin di Bawah Perjanjian Gencatan Senjata Gaza

- Advertisement -

SEREMBAN,– Malaysia menyatakan kesediaan untuk menerima 15 tawanan perang rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang dirundingkan oleh Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebahagian daripada tahanan ini telah ditahan oleh Israel tanpa bicara selama lebih 20 tahun, dan mereka tidak akan dibenarkan kembali ke kampung halaman di Palestin selepas dibebaskan.

“Seperti sedia maklum, Malaysia mengambil bahagian dalam gencatan senjata di Gaza yang dibuat atas inisiatif kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat di mana jika dibebaskan tahanan, mereka tidak boleh balik ke Gaza.

“Jadi, kita (Malaysia) kena buat cara dengan membahagikan (tawanan perang) itu antara sesama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Kita bersetuju menerima pejuang Palestin walaupun hanya 15 orang kerana asas kita adalah hendakkan satu gencatan senjata di Gaza.”

Usaha Perdamaian & Sokongan Malaysia

Mohamad Hasan menjelaskan bahawa keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha perdamaian yang turut disertai oleh beberapa negara anggota OIC lain seperti Turkiye, Mesir, Pakistan, dan Indonesia.

“Ini antara sumbangan kita untuk mengambil bahagian terhadap usaha perdamaian di Gaza. Malah beberapa negara lain termasuk Turkiye, Mesir, Pakistan dan Indonesia serta negara OIC turut mengambil bahagian.”

Beliau juga mengesahkan bahawa Wisma Putra sedang dalam perbincangan dan akan menghantar pasukan khas dalam masa terdekat bagi menilai dan memilih tahanan yang akan dibawa ke Malaysia.

Menepis Salah Anggap & Menegaskan Tanggungjawab Malaysia

Mohamad Hasan turut menepis sebarang salah faham berkaitan usaha ini, khususnya dakwaan bahawa Malaysia lebih mengutamakan bantuan kepada pihak luar berbanding rakyat sendiri.

“Saya berharap rakyat yang berjiwa besar jangan salah anggap, kita bukan nak susukan kera di hutan, tapi kita menjalankan tanggungjawab antarabangsa.

“Ini sumbangan kecil kita untuk pastikan gencatan senjata di Palestin dapat direalisasikan.”

Malaysia telah lama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan terus memainkan peranan dalam menyokong usaha keamanan di Gaza.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat