PRU-15: Ismail Sabri orang UMNO kenapa nak jatuhkan orang kita? – Nazri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri ialah Perdana Menteri dari UMNO, kenapa orang UMNO sendiri sibuk nak menjatuhkan kerajaan UMNO,” soal Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Katanya, sedangkan parti-parti lain tidak pula mendesak Parlimen dibubarkan.

“Kita dah jadi kerajaan, kita (UMNO) bukan dominan. Parti kita cuma ada 41 (kerusi) saja. Tapi kita boleh jadi Perdana Menteri, tak pernah terbayang.

“Sepatutnya kita sokonglah bukannya dengan menuntut supaya dibubarkan Parlimen. Parti-parti lain tak suruh bubar pun.

“Kalau kita bubar, kita orang UMNO menjatuhkan kerajaan UMNO. Datuk Seri Ismail Sabri ialah Perdana Menteri, dia bukan orang PAS, bukan orang Bersatu, dia orang UMNO (kenapa) kita sendiri nak jatuhkan kerajaan kita,” kata Nazri ketika ditemui media di WTC pada Jumaat.

Nazri mengingatkan kerajaan semasa ini bukan seperti dulu ketika Barisan Nasional (BN) majoriti.

“Kalau Presiden UMNO selaku Perdana Menteri buat keputusan (bubar Parlimen) maka jadilah. Jadi, sebab itu pada pendapat saya (desakan) tak kena tempat.

“Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jadi Perdana Menteri, mungkin kita boleh desak. Ini Perdana Menteri orang kita.

“Tunggulah. Pada saya tiada keperluan (bubar Parlimen), melainkan saya nampak orang-orang yang ada agenda tersendiri, nak jadi Perdana Menteri ke, yang kalah bertanding dulu tak bertanding, jadi ini sebab nak memikir diri sendiri saja. Jadi tak perlulah,”ulas Nazri.

Sementara itu, Nazri membidas cogan kata BN yang kebanyakannya membela rakyat, mendahulukan rakyat tetapi sekarang menonjolkan kononnya mendahulukan parti.

“Jadi kalau kita sekarang nampak sebagai parti, ada nampak peluang menang besar siapa yang kita nak dahulukan? Kepentingan parti ke atau kepentingan rakyat?

“Rakyat masih belum sedia lagi (pilihan raya). Pandemik, pakailah otak sikit. Jangan cogan kata sekadar cogan kata sahaja. Bila bertindak oportunis, jangan ingat menang pilihan raya negeri di Melaka dan Johor makna kita boleh oportunistik.

“Nampak sangat hanya memikir parti saja, tidak memikirkan rakyat. Tanyalah rakyat dulu, rakyat susah yob,” tegas beliau lagi.

Dalam pada itu Nazri mengingatkan undi popular BN tidaklah sehebat mana.

“Sekarang ini pembangkang tengah berbincang nak lawan dengan kita. Kalau buat PRU sekarang mereka akan bersatu, kita akan lawan one to one.

“Jangan ingat kita boleh menang, jangan terlalu yakin. Dahulukan rakyat, bela rakyat. Usah cakap tak serupa bikin, guna otak sebelum bertindak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat