Kementerian Kewangan Nafi Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz seperti yang ditularkan di media sosial.

Kementerian tersebut menerusi laman twitter rasminya berkata Tengku Zafrul kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu pandemik COVID-19.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan sepucuk surat yang tular di media sosial, yang didakwa sebagai surat peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan.

Surat tersebut tular sehari selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau semalam. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat