Yayasan Keluarga Malaysia beri sumbangan kepada anak yatim terkesan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seramai 42 anak-anak yatim hari ini menerima sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

Penerima-penerima sumbangan ini antaranya kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bantuan secara one-off daripada YKM diberikan demi membantu dan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik.

Kata beliau sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak.

“Anak yatim piatu, yatim yang mana ibu bapa mereka meninggal akibat Covid-19 kerajaan melalui YKM akan membantu mereka secara one-off atau pengajian,”katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Jumaat.

Kesemua 42 penerima sumbangan YKM pada hari ini menerima wang tunai RM1000 hingga RM1,500.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat