Pejuang Masih Relevan Walaupun Kalah Semua Kerusi Dalam PRN Johor – Mahathir

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan parti itu masih relevan walaupun mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Beliau berkata, parti itu akan terus berjuang dalam arena politik negara, termasuk memberi penekanan kepada isu dan keperluan rakyat.

“Kita sebulat suara pada peringkat Biro Politik dan Majlis Eksekutif untuk meneruskan perjuangan kita, walaupun PEJUANG kalah teruk sehingga tiada satu pun deposit dapat diselamatkan ketika PRN Johor.

“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan kekalahan itu. Antaranya, PEJUANG terlampau tertumpu kepada isu membanteras rasuah sehingga kurang menekankan masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti isu pengangguran dan tidak cukup makan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG, di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan PEJUANG tewas di kesemua 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada PRN Johor Ke-15, malah deposit kerana gagal memperoleh sekurang-kurang satu per lapan daripada jumlah undi yang dikira bagi setiap kerusi terbabit.

Antara kerusi yang menyaksikan PEJUANG hilang deposit ialah DUN Buloh Kasap dengan 144 undi, Tenang (224), Batu Kemelah (289), Simpang Jeram (197), Gambir (215), Bukit Pasir (196), Senggarang (162) dan Rengit (202).

Mengulas lanjut, Dr Mahathir memaklumkan pada masa depan, pihaknya akan mengkaji satu-satu isu terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian pada PRN Johor daripada berulang.

“Kita berpendapat pemerintah yang dipilih oleh rakyat pada PRN Melaka, Johor dan Sarawak adalah tidak baik untuk negara. Mereka sepatutnya tidak menjadi kerajaan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat