Ahli Umno berbelah bagi dalam soal bubar Parlimen – Tajuddin Rahman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata desakan untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 dikalangan ahli sememangnya ada namun ‘divided’ kepada dua kelompok.

Tegasnya, Perdana Menteri juga perlu melalui kabinet dan segala keputusan untuk mengadakan PRU-15 terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berpandangan ada ahli yang nak PRU awal. Ada yang kata ini bukan masa untuk PRU, ini masa untuk tumpu kepada kerja membela rakyat yang menghadapi banyak masalah sekarang. Berusaha, minta, merayu dan mencadang boleh, no harm.

“Umno boleh minta untuk buat keputusan. Tapi yang buat keputusan akhirnya nanti Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri pun kena bawa ke kabinet dan mengadap Agong. Kalau kabinet tak setuju, tak ada apa yang boleh dibawa oleh Perdana Menteri kepada Agong”

“Jangan berpolitik siang malam buat kerja untuk rakyat itu pesanan Tuanku dan kita ahli parlimen akur dengan titah tuanku. Signal sudah ada dari Tuanku, dia tidak suka kita berpolitik, lebih lebih lagi dalam keadaan sekarang ini,” katanya ketika ditemui di Persidangan Agung Umno 2021 di sini hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat