Polis, Imigresen dan MBS gempur kawasan lepak warga asing di Seremban

- Advertisement -

SEREMBAN – Kawasan ‘lepak’ warga asing pada hujung minggu di daerah ini digempur dalam satu operasi bersepadu membabitkan lebih 400 kekuatan pegawai dan anggota polis, Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Seremban petang tadi,

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Hatta Che Din berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi pencegahan jenayah selain mengambil kira keresahan masyarakat terhadap kebanjiran warga asing terutamanya hari Sabtu dan Ahad di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dalam operasi tersebut sebanyak 855 lelaki warga asing serta 79 wanita dari pelbagai negara luar dengan majoritinya warganegara Bangladesh telah diperiksa dan pihaknya mendapati terdapat ada warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen masuk ke negara ini.

“Kita akan buat tapisan, mana yang akan diserahkan kepada Imigresen, kita juga telah membuat tangkapan ke atas lima individu kerana telah bertindak menganggu tugas penjawat awam.

“Kita membuat pemeriksaan dalam radius dua kilometer dari lokasi pusat bandar ini yang mana ada diketahui penglibatan mereka dalam jenayah dan juga pelacuran. Maklumat lanjut bagi kesalahan tangkapan ini akan diberikan kemudian kerana kita masih melakukan pemeriksaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad berkata, pada operasi berkenaan sebanyak tujuh premis telah disita kerana beroperasi tanpa ketiadaan warganegara di premis tersebut, manakala, 13 kompaun dikeluarkan kerana telah melanggar syarat sah lesen di bawah Undang-Undang Kecil. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat