Tiada pertemuan jatuhkan PM Anwar, mungkin taktik dalam kerajaan sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan lewat malam bersama 17 Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, untuk merangka strategi menentang kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Menurut sumber yang rapat dengan Hishammuddin, Ahli Parlimen Sembrong tersebut berada di luar negara dan tidak menghadiri apa-apa pertemuan dengan Dr Mahathir.

Portal Malaysia Focus melaporkan pertemuan tersebut berlangsung sehingga jam 2 pagi, dikatakan sebagai perbincangan peringkat tinggi untuk merancang langkah menggulingkan kerajaan perpaduan.

Dakwaan ini dilaporkan berpunca daripada seorang sumber dalaman PAS yang berpengaruh di Selangor.

Bagaimanapun, seorang penganalisis politik mendakwa gosip tersebut tidak mustahil datang dari kem Anwar sendiri.

“Anwar sekarang berhadapan tekanan dengan UMNO dan perlu menutup sebarang ruang usaha menjatuhkannya.

“Anwar mengetahui Seri Paduka Baginda tidak mempunyai hubungan baik dengan Dr Mahathir kebelakangan ini.

“Dengan membuat cerita spekulasi Dr Mahathir di sebalik usaha menjatuhkan kerajaan, Anwar cuba membawa Istana menyebelahi beliau,” kata beliau kepada SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat