Pahang Peruntuk RM10 Juta Program Kad Kesihatan Warga Emas – MB

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sejumlah RM10 juta tahun ini bagi melaksanakan program pemberian Kad Kesihatan Warga Emas Pahang atau Kad Kesihatan Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kasih) yang dilancarkan pada 18 Januari 2022.

Pelancaran buat julung kali itu juga bakal memberi manfaat kepada 18,000 penerima.

Kad dengan nilai RM500 itu boleh digunakan bagi rawatan prosedur am dan rawatan awal di klinik swasta seluruh negeri yang dilantik sebagai panel di bawah program tersebut, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Seramai 9,009 penerima Bantuan Orang Tua (BOT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang bakal menerima kad itu untuk fasa pertama.

“Senarai 8,991 penerima selebihnya yang memenuhi syarat dan berkelayakan akan dimasukkan dalam senarai fasa kedua yang dijangka akan menerima manfaat itu bermula 1 Mac depan,” kata beliau selepas melancarkan kad kesihatan itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahamd Shah, hari ini.

Wan Rosdy tiga dari kiri merasmikan Kad Kesihatan Warga Emas Pahang pada majlis pelancaran inisiatif itu di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad ShahKuala Rompin di sini pada Selasa

Pada majlis itu seramai 100 penerima dari daerah Rompin telah menerima kad masing-masing.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Pemberian kad kesihatan itu juga sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan asas rakyat daripada segenap usia yang menjadi antara asas Belanjawan Pahang 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat