‘Untuk kali ke- 500 juta, ini wajah asli saya!’ – J.Lo

- Advertisement -

Los Angeles: Pelakon dan penyanyi Jennifer Lopez, 51, menyelar komen seorang warganet yang menuduhnya menggunakan rawatan botoks selepas berkongsi sebuah video wajahnya tanpa mekap, kelmarin.

Lopez atau J.Lo menegaskan dia takkan pernah menggunakan teknik pembedahan kosmetik terbabit dan meminta individu itu membuang perasaan hasad dengkinya.

“Ini adalah wajah asli saya. Untuk kali ke-500 juta, saya tidak pernah lakukan botoks atau sebarang suntikan serta pembedahan. Cuba manfaatkan masa kamu untuk jadi lebih positif, penyayang, dan naikkan semangat orang lain,” katanya.

Pelakon filem Maid In Manhattan itu semakin terbuka menjawab isu mengenai spekulasi pembedahan plastik yang sering dilemparkan kepadanya kebelakangan ini.

Terdahulu, J.Lo turut memaklumkan dia memang takkan menjalani rawatan botoks dan lebih suka bergantung kepada rutin penjagaan kulit secara semula jadi.

“Saya tidak pernah cuba botoks sehingga sekarang. Saya bukan orang jenis itu. Saya tak menentang pun jika orang lain nak lakukannya, cuma saya sendiri tidak berkenan.

“Saya menggunakan produk yang ada Hyaluronic Acid disebabkan saya tidak perlu melakukan suntikan apa-apa. Saya tak cakap takkan buat suatu hari nanti, cuma sekarang memang belum pernah lagi,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat