Peruntukan Tambahan Bukti kawal Pandemik Keutamaan Kerajaan – Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan peruntukan tambahan kepada usaha mengawal pandemik koronavirus 2019 (Covid-19) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, peruntukan yang diumumkan itu menunjukkan Kerajaan meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan paling tinggi.

“Peruntukan ini merupakan usaha memastikan KKM mempunyai sumber yang mencukupi untuk menjaga sistem kesihatan awam mampu terus memberi berkhidmat kepada rakyat bagi memerangi pandemik COVID-19.”

Dalam pengumuman petang tadi Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) berjumlah RM15 bilion bagi.

Dalam pengumumman tersebut KKM menerima peruntukan sejumlah RM800 juta bagi keperluan petugas barisan hadapan yang melibatkan perolehan Kelengkapan Perlindungan diri (PPE), Reagen, Kit Saringan, Hand Sanitizer dan Bahan Guna Habis (consumable).

Selain itu, KKM juga telah diperuntukkan sebanyak RM3 bilion untuk program vaksinasi COVID-19 yang akan bermula pada selewat-lewatnya pada bulan Mac 2021.

Kerajaan juga mengumumkan pengambilan 3,500 kakitangan bertaraf kontrak pada hujung bulan Januari 2021 yang melibatkan jururawat, anggota paramedik dan sebagainya.

Selain itu, sebanyak RM100 juta lagi diperuntukan bagi mengintegrasikan perkhidmatan kesihatan negara iaitu membiayai kerjasama dengan hospital swasta yang menerima pesakit COVID-19 serta bukan COVID-19 bagi tujuan untuk mengurangkan kesesakan bilangan pesakit COVID-19 yang menerima rawatan daripada sektor kesihatan awam khususnya di hospital COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat