YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor Atho’ullah yang turut dikuarantin di PKRC di MAEPS, Serdang, Selangor.

Kisah sedih Mohamad Nor Atho’ullah, 11, yang dikuarantin seorang diri, kelihatan ditenangkan pesakit Covid-19 lain yang ditempatkan di PKRC di MAEPS, Serdang selepas bapanya, Mohamad Kamil Ghazali, 51 meninggal dunia akibat wabak Covid-19 menjadi perhatian apabila ia disiarkan melalui akaun TikTok seorang pesakit lain.

@ayimmarley

Allahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah #fypシ #fyp

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Bapa Mohamad Nor yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap empat mendapat jangkitan Covid-19 dan dimasukkan ke Hospital Serdang pada 31 Disember 2020.

Yayasan Bank Rakyat(YBR) telah tampil memberikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00.

Keadaan pandemik tidak mengizinkan pemberian langsung. Justeru Pengurus Besar YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil menyerahkan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mewakili Menteri Kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat