i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Dalam kenyataan hari ini, dana persaraan itu menyatakan bahawa pembayaran itu bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli akibat peningkatan jumlah kes COVID-19 serta bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri.

Ini juga bagi membantu ahli memenuhi keperluan asas sementara menunggu kelulusan proses permohonan mereka oleh pihak KWSP.

“Bagi mempercepat dan mempermudah pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri serta memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online iaitu isinar.kwsp.gov.my.

“Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang penipuan atau aktiviti scam,” katanya.

Menurut KWSP, pembayaran interim bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan, akan bermula dari 26 Januari 2021 manakala pembayaran untuk permohonan baharu yang masih belum memuatnaik dokumen sokongan yang relevan akan diproses dalam masa tujuh hari dari tarikh permohonan diterima.

“Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran jumlah seperti dimohon, setelah ditolak jumlah pembayaran interim tersebut.

“Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat