Buat pemilihan UMNO lepas PRU-15 demi kestabilan parti,” gesa 176 bahagian Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Sebanyak 176 bahagian Pemuda UMNO menggesa supaya pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan kestabilan parti terpeliharan.

Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan memberitahu, ia adalah antara usul utama daripada keputusan mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda UMNO bahagian yang berlangsung pada bulan ini.

“Ini bagi memastikan kerukunan serta kestabilan parti terpelihara dan dapat memberikan ruang kepada kepimpinan parti untuk fokus terhadap agenda membantu rakyat sebelum memulangkan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru.

“Kedua, hampir keseluruhan usul yang diterima daripada Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang telah bersidang, mengusulkan supaya UMNO dan BN mengetengahkan lebih ramai calon muka baru dan calon anak muda dalam menghadapi PRU15 yang akan datang.

“Ini juga susulan aspirasi dan keputusan kepimpinan yang meletakkan 87 peratus muka baharu pada PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada PRN Melaka bulan lalu, BN menyaksikan kemenangan besar, apabila berjaya memenangi 21 kerusi daripada 28 kerusi keseluruhan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilihan Umno bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November 2022.

Bagaimanapun, katanya, ia perlu diadakan sebelum tamat tempoh semasa iaitu pada Disember tahun depan.

Mengulas lanjut, Hasmuni berkata melalui keputusan PRN Melaka, ia menjadi petunjuk bahawa tindakan kepimpinan BN telah memberikan kelebihan dan keyakinan rakyat untuk mengundi gabungan parti itu khususnya pengundi anak muda.

“Inilah suara majoriti akar umbi Pemuda UMNO di seluruh negara yang mahukan pengukuhan serta memastikan UMNO menjadi organisasi terbaik yang dapat menjamin kestabilan demi kemakmuran negara.

“Saya juga percaya, pemuda UMNO sebagai tiang dan teras kepada parti perlu sentiasa bersiap siaga dan memberi komitmen terbaik dalam menghadapi apa-apa jua keadaan.

“Semoga usul-usul yang diketengahkan dipertimbangkan dengan baik oleh pucuk pimpinan parti demi kebaikan bersama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat