Muhyiddin Lawat Ibu Najib Di Pusat Perubatan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Prince Court.

Najib turut mengiringi dan menyambut kedatangan Muhyiddin di pusat perubatan tersebut.

“Petang tadi saya meluangkan masa menziarahi Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga bonda Datuk Seri Najib diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan. Amin,” kata Muhyiddin, dipetik dari Facebook beliau.

Terdahulu, menerusi Facebooknya hari ini, Najib turut memaklumkan beliau terpaksa menunda perjumpaan dengan wakil kerajaan petang ini berhubung isu i-Sinar KWSP kerana ada ahli keluarganya yang mengalami masalah kesihatan.

“Semalam, Kerajaan PN juga telah minta untuk bertemu saya petang hari ini untuk bincang isu ini, tapi pagi ini saya terpaksa tunda ke masa yang belum ditentukan lagi sebab ahli keluarga saya ada kecemasan kesihatan yang amat serius,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat