Selangor sasar nilai pelaburan RM45 bilion tahun ini

- Advertisement -

SHAH ALAM – Selangor menyasarkan nilai pelaburan berjumlah RM45 bilion tahun ini membabitkan sektor pembuatan sebanyak RM12 bilion dan sektor perkhidmatan sebanyak RM32 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Nge Sze Han berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, sebanyak 657 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM29.72 bilion.

“Nilai pelaburan yang direkodkan ini melebihi separuh daripada unjuran yang sudah ditetapkan.

“Projek-projek pelaburan yang diluluskan ini membabitkan sebanyak 114 projek perkilangan dengan nilai pelaburan berjumlah RM14.75 bilion dan jumlah ini melebihi daripada sasaran yang diunjurkan.

“Sebanyak 543 projek diluluskan dalam sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM14.96 bilion.

“Berdasarkan momentum dan prestasi pelaburan yang memberangsangkan, kerajaan negeri yakin jumlah pelaburan yang diunjurkan akan mampu dicapai pada penghujung tahun 2023 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Sementara itu katanya, Selangor International Business Summit (SIBS) 2023 yang dianjurkan dari 19 hingga 22 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) secara keseluruhan berjaya memperoleh nilai potensi transaksi perniagaan berjumlah RM6.12 bilion.

“Jumlah itu merangkumi RM4.9 bilion dari perjanjian persefahaman yang dimeterai dan RM1.22 bilion dari potensi transaksi yang dijalankan di dewan-dewan pameran.

“Pencapaian tahun ini adalah satu rekod baru dalam penganjuran SIBS yang amat memberangsangkan.

“Untuk perbandingan, SIBS 2022 merekodkan nilai potensi transaksi keseluruhan berjumlah RM1.46 bilion,” katanya.

Di samping itu katanya, antara pengunjung hadir dan melawat Sidang Kemuncak SIBS 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini terdiri dari 75 peratus pelawat perdagangan dan 25 peratus pelawat awam. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat