Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah dan Enaya di Gaza musnah dibom Zionis Israel – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah dan Enaya di Gaza telah musnah dibom dengan sengaja oleh regim Zionis Israel pada 7 November baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, dalam kejadian tragis itu, lima keluarga Gaza mencari perlindungan di pusat itu selepas rumah mereka dibom telah kehilangan empat ahli keluarga mereka dalam serangan Israel.

“Saya amat terpanggil untuk menceritakan tentang kemusnahan, akibat pengeboman Israel di Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah dan Enaya di Gaza pada 7 November 2023.

“Lima keluarga Gaza mencari perlindungan di pusat itu selepas rumah mereka dibom, kini mereka kehilangan empat ahli keluarga dalam serangan Israel.

“Sebelum ini saya telah mengecam pengeboman dan kemusnahan hospital dan tempat perlindungan lain di Gaza sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dr Mahathir memberitahu beliau mempunyai pertalian peribadi untuk hospital berkenaan menerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), di mana beliau adalah ahli, terlibat secara langsung dalam pembinaannya sejak awal lagi.

Jelas beliau, PGPF bersama Humanitarian Care Malaysia, Muslim Care Malaysia, Tabung Kemanusiaan Media Prima dan Persatuan Kebajikan Bantuan Palestin telah membantu membinanya dan ia telah beroperasi sejak tahun 2019.

“Lokasi pusat ini di Khan Younis, di Selatan Gaza, ia jelas tidak membawa kesan kepada rejim Zionis Israel.

“Walaupun telah mengatakan sebelum ini bahawa mereka tidak akan menyasarkan selatan, ia terbukti hanya janji palsu,” bidas beliau.

Serangan kini bertukar menjadi operasi pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin dan bukan pejuang, tegas beliau.

“Ia bukan perang antara tentera, tetapi pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel untuk menghapuskan Gaza daripada penduduk Palestin.

“Pengeboman hospital dan kediaman, dan kini pusat fisioterapi, membuktikan bahawa Israel menyasarkan pusat-pusat ini dengan sengaja.

“Apa yang boleh kita lakukan ialah membantah dan berdoa agar rakyat Palestin terhindar daripada kekejaman Israel dan sekutu Israel, terutamanya AS dan UK terus membenarkan dan menyokong kekejaman Israel,” katanya.

Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Dr Siti Hasmah dan Enaya di Khan Younis yang dibina menggunakan dana rakyat Malaysia kini telah musnah dibom Israel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat