BlackBerry tawar perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber kepada Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi BlackBerry menawarkan perisian dan perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber kepada Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BlackBerry juga menyatakan
cadangan pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik.

Anwar memaklumkan, semalam beliau kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Wayne Robson dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

“BlackBerry adalah syarikat utama Kanada yang menawarkan perisian dan perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber.

“Dalam pertemuan ini, Gianmatteo memaklumkan hasrat BlackBerry untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia.

“Ini termasuklah cadangan pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik,”katanya.

Sementara itu, Anwar menyatakan pendirian Malaysia untuk terus membuka peluang dan memudah cara pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar.

“Moga komitmen dan usaha bersepadu yang sedang dilaksana Kerajaan Perpaduan dalam menstruktur ekonomi dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat