AS larang kelulusan peralatan telekomunikasi Huawei, ZTE atas risiko keselamatan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pentadbiran Presiden Biden melarang kelulusan pengimportan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies China dan ZTE susulan timbul kebimbangan risiko kepada keselamatan Amerika Syarikat (AS)

Memetik laporan Reuters pada November tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (FCC) berkata ia telah menerima pakai peraturan akhir, yang menghalang penjualan atau pengimportan peralatan baharu yang dibuat oleh pembuat peralatan pengawasan China Dahua Technology Co (002236.SZ), firma pengawasan video Hangzhou Hikvision Digital Technology Co

Langkah itu adalah yang terbaharu dalam siri tindakan untuk mengehadkan akses firma telekomunikasi China dalam rangkaian AS, yang berlaku di tengah-tengah kebuntuan berpanjangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Sebelum ini AS sudah berwaspada sejak beberapa tahun kebelakangan ini terhadap syarikat telekomunikasi dan teknologi China.

“Peraturan baharu ini merupakan bahagian penting dalam tindakan berterusan kami untuk melindungi rakyat Amerika daripada ancaman keselamatan negara yang melibatkan telekomunikasi,” kata Pengerusi FCC Jessica Rosenworcel dalam satu kenyataan.

Dalam laporan sama, firma pengawasan video Hangzhou Hikvision Digital Technology Co dalam kenyataannya menafikan produk mereka mengancam keselamatan AS.

“Keputusan oleh FCC ini tidak membantu melindungi keselamatan negara AS, sebaliknya memberi kesan buruk bagi perniagaan kecil A.S, pihak berkuasa tempatan, daerah sekolah dan pengguna individu untuk melindungi diri mereka, rumah mereka, perniagaan dan harta benda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat