Ujian Saringan Kali Kedua Perdana Menteri Negatif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri  hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin negatif ujian saringan kali kedua yang dijalankan keatas beliau pada 14 Oktober lepas.

Menurut mereka lagi,  KKM telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Oktober dan telah disahkan negatif pada 15 Oktober 2020.

“kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 bagi Perdana Menteri sepanjang tempoh kuarantin adalah negatif,

“Tempoh kuarantin kendiri Perdana Menteri akan tamat pada 16 Oktober (Sabtu),” jelas Kenyataan Media pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Dalam kenyataan media itu juga, Perdana Menteri sangat komited mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 yang diadakan secara sidang video pagi tadi.

“Beliau begitu komited walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat,

“Mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa Covid-19 di dalam negara,” jelas Pejabat Perdana Menteri. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat