Niaga Tani Pintar, Jana “Income Steady”

- Advertisement -

KUCHING- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperkenalkan inisiatif memberi pendedahan kepada usahawan dan anggota koperasi menjana pendapatan melalui pertanian moden dengan penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah merasmikan Program Bicara Ilmu “Niaga Tani Pintar, Jana Income Steady” anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM).

“Program yang mensasarkan 150 orang ahli koperasi menerangkan tentang potensi sektor pertanian di negeri Sarawak dan penggunaan teknologi dalam pengurusan pertanian.

“Ini secara tidak langsung dapat menarik golongan muda untuk menceburi bidang pertanian moden,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, Institut Koperasi Malaysia (IKM) sebagai pusat pendidikan dan latihan koperasi yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan koperasi, tidak jemu mencurah ilmu kepada anggota koperasi di Sarawak untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan seperti di dalam pengurusan pertanian moden.

“Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani berjaya dalam koperasi dan membantu meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sektor koperasi dengan menggunakan sepenuhnya teknologi atau IOT dalam pengurusan pertanian moden.

“MEDAC sentiasa memberikan komitmen tidak berbelah bahagi dalam usaha untuk memperkasakan gerakan koperasi selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) yang menyasarkan sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM100 bilion menjelang tahun 2030,” ujar Wan Junaidi.

Beliau menambah, hasil usaha ini akan dapat dicapai apabila MEDAC bersama agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan koperasi, sentiasa berusaha mengukuhkan prestasi dan produktiviti pelbagai sektor koperasi, sebagai salah satu penyumbang utama dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat