Syed Saddiq Ciplak Logo Asal Muda Johor?

- Advertisement -

JOHOR: Satu ciapan twitter yang menggunakan nama “Muda Johor” kesal dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang menciplak logo yang mereka hasilkan.

Muda Johor kecewa apabila nama gerakan, dan logo yang dihasilkan, diambil dan diolah sedikit oleh Syed Saddiq.

“Seolah-olah idea ini datang dari SS secara total,

“Tipu la kalau kata logo pada baju SS itu tidak menyerupai langsung dengan logo yang dihasilkan (Muda Johor)”, tegas mereka.

Muda Johor juga menjelaskan isunya bukan ‘penubuhan parti baru’ atau Syed Saddiq itu sendiri tetapi isunya ialah Syed Saddiqmenggunakan nama dan logo yang menyerupai Muda (Johor).

Menyingkap kembali penubuhannya, mereka menyatakan Muda Johor terhasil daripada perbincangan beberapa ahli muda (Johor) dan ianya telah melalui pelbagai proses. Dari mencari nama gerakan hinggalah ke penghasilan logo gerakan.

“Muda (Johor) telah terlibat dan bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan anak muda, secara tidak langsung membuktikan bahawa Muda (Johor) telah bertapak dan bergerak aktif sebagai platform bagi anak muda”,

“Niat nak angkat suara anak muda, tapi “cilok” idea anak muda. Macam mana tu? Ini tak kira tindas anak muda ke?’ Sindir mereka.

0

Sebelum itu, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu Malaysia, dilaporkan akan mendaftar parti politik baharu menggunakan nama Muda ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, hari ini.

Syed Saddiq mendedahkan perkara itu ketika ditemubual oleh stesen radio berbahasa Inggeris, BFM, pagi tadi.

Syed Saddiq sebelum ini membayangkan bahawa akan menggerakkan satu gerakan politik yang dibarisi golongan belia berbagai kaum pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim bulan lalu.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat