SHAH ALAM – Rakaman suara kokpit atau Voice Cockpit Recorder (CVR) pesawat malang yang terhempas di Elmina telah ditemui pada jam 10.20 malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rakaman suara kokpit itu adalah sebahagian daripada kotak hitam pesawat.
“Pasukan penyiasat di lokasi nahas telah berjaya menemui CVR iaitu rakaman suara kokpit pesawat berkenaan.
“CVR itu telah dihantar ke makmal untuk siasatan lanjut.
“CVR ialah sebahagian daripada kotak hitam. Kotak hitam pesawat terbahagi kepada dua iaitu Cockpit Voice Recorders (CVR) and Flight Data Recorders (FDR),” katanya ketika sidang media di Elmina, malam ini.
Hussein juga memaklumkan, pasukan siasatan Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah menemukan 10 mayat tragedi pesawat.
“Kesemua 10 mayat mangsa korban tragedi pesawat terhempas telah ditemui dalam operasi mencari selesai jam 10.30 malam.
“Pada 1030 malam tadi kita telah selesai 10 mayat dan juga lima bungkusan serpihan. Bungkusan 10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan
dihantar ke Hospital Ampuan Rahiman (HTAR), Klang untuk bedah siasat dan analisis DNA.
“Polis akan sambung pencarian kali kedua sekiranya ada yang tertinggal .
“Kita percaya proses bedah siasat akan selesai pagi atau tengah hari esok termasuk analisis DNA,” katanya.



