Polis Fokus Cari Korban Nahas Sebelum Kotak Hitam- IGP

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya enam mayat sudah dibawa keluar dari lokasi nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada enam mayat yang dibawa keluar itu, satu daripadanya sempurna dan lima lagi tidak sempurna.

Susulan itu sekurang-kurang baki empat mayat terlibat nahas masih dalam operasi mencari.

“Mayat ada enam yang dijumpai, satu mayat (penunggang motosikal) dalam keadaan sempurna manakala lima lagi merupakan cebisan mayat.

“Kalau ikutkan dalam kapal terbang semua sekali ada lapan, satu penunggang motosikal telah ditemukan dan satu pemandu kereta. Pemandu kereta kita tak tahu dia sama ada pemandu Grab, atau ada penumpang. Setakat ini kita cuba dapatkan warisnya tetapi tak jawab telefon lagi,” katanya dalam sidang media di Elmina malam ini.

Razarudin turut memaklumkan berdasarkan mayat yang dibawa keluar dalam keadaan tidak sempurna termasuk kehilangan kaki.

Razarudin berkata kawasan percarian ketika ini meliputi keluasan lebih satu ekar.

Dalam masa sama, beliau berkata pihak berkuasa ketika ini sedang giat mengesan cebisan mayat terlebih dulu sebelum memberi tumpuan kepada pencarian kotak hitam.

“Pencarian kotak hitam? Kita (polis) nak cari mayat dulu lepas dah jumpa barulah penyiasat kemalangan cari kotak hitam.

“Identiti mangsa penunggang motosikal telah dikenal pasti dan waris telah dihubungi.

“Apabila kita dah jumpa, kita semak badannya, jam dan sebagainya, selepas itu baru kita bawa (ke hospital).

“Ada proses-prosesnya dan proses di sini dulu,”katanya.

Katanya, kesemua mayat dijadual dibawa Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk prosedur bedah siasat.

Menurut Razarudi , operasi juga akan dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan laluan di kawasan nahas kembali dibuka kepada orang awam.

Seramai 240 anggota egensi berkuasa terlibat termasuk polis, bomba, JPAM, MBSA, CAAM dan lain-lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat