Exco Pahang antara korban nahas pesawat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nahas pesawat persendirian dari Langkawi ke Subang dilaporkan telah mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, di Shah Alam, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat malang itu membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.

Mangsa yang dikenal pasti, Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Datuk Seri Johari Harun, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, Idris Abdol Talib @Ramali, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

“Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

“Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan,” katanya.

Hussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.\

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat