Anwar nafi orang melayu tidak faham konsep Malaysia Madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan konsep Malaysia MADANI yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan perlu mengambil masa untuk difahami oleh seluruh rakyat.

Beliau menafikan dakwaan beberapa pihak yang menyatakan konsep Malaysia MADANI telah gagal menarik pengundi melayu pada Pilihanraya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Ditanya mengenai dakwaan BN-PH kehilangan undi orang melayu, beliau menegaskan ketika ini kerajaan pimpinannya masih lagi menguasai dua pertiga kerusi Parlimen.

“Saya tidak setuju sesetangah pihak menyalahkan orang melayu. Menyalahkan kefahaman mereka, mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama dan menakut nakutkan cina, DAP, saya tak setuju.

“Ini satu cabaran. Kita perlu santuni dan jelaskan kepada rakyat. Kerana jika PH menang, akan ada dakwaan menyatakan DAP berkuasa, habis rakyat, itu adalah kenyataan seminit di tiktok dan mungkin menyakinkan rakyat, saya tahu itu tidak benar,” katanya selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani dan Pusat Penjaja Madani di sini, hari ini.

Tambah Anwar, konsep Malaysia Madani adalah menyeluruh dan bukannya mengenai wang berjuta dan berbilion ringgit.

“Tapi saya tak salahkan rakyat, kerana MADANI satu konsep menyeluruh, dia tidak tahu yang dia sokong itu kadang kadang orang kaya ratusan juta ringgit. Saya tak salahkan. Tapi pimpinan mesti berkejra keras memaknai dan menterjemahkan dasar ini,”

“Saya juga tidak setuju andaian yang spontan cuma menyalahkan menghukum anak muda yang terpesong.

“Ia mengambil waktu. Ini bukan satu yang aneh. Seperti di Eropah yang ada kecanggihan dan ilmu pendidikan yang tinggi juga, sokongan kepada aliran perkauman dan agama seperti Nazi, semakin meningkatkan begitu juga di Amerika Syarikat, fahaman yang dipanggil Christian Rights yang keras juga semakin mendapat tempat,” katanya.

Dalam PRN baru-baru ini gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional menang di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala PN mengekalkan kemenangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat