‘Saya Tidak Akan Berundur Daripada Arena Politik’ – Muhyiddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan selepas peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan berundur daripada arena politik negara.
Tegasnya, selepas ini beliau akan mempunyai banyak masa dan boleh memberikan tumpuan kepada partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tambahnya, rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) juga akan bersama dengannya memperkukuhkan parti bagi menghadap pilihan raya akan datang.

“Persiapan untuk pilihan raya sudah bermula, bukan sekaranglah tapi kita akan bentuk jentera dan akan laksanakan apa yang penting dari segi strategi kita.

“Ia adalah untuk menentukan bahawa kalau rakyat lihat ‘report card’ kita setahun ini baik, mungkin kalau tiada manifesto dan mereka tengok (prestasi PN), ya, itu dia.

“Dan dijangkakan kalau begitu (adanya pandangan positif rakyat) dan mereka rasa selesa, nak tengok muka Abah balik, sampai masa pilihan raya nanti, kita serahkan kepada rakyat untuk pertimbangkan.

“Pastinya, saya ada masa yang lebih banyak. Saya tahu saya juga ada banyak pengalaman uruskan pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas selesai menyampaikan Perutusan Khas di sini pada Isnin.

Tambahnya, beliau menganggap peletakan jawatannya ada hikmah di sebaliknya.
“Ini dikatakan hikmah. Saya boleh beri tumpuan (kepada parti) dan saya yakin rakyat sudah melihat kerajaan PN betul-betul jaga rakyat.

“Dan saya rasa rakyat mahukan ini,” ujarnya.

Tegasnya, bukan berniat untuk mendabik dada namun sekiranya diberikan peluang, beliau optimis PN mampu buat dengan lebih baik pada masa depan.

Pada 3 Ogos lepas, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan PN dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Tambahnya lagi, surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Agong, sekali gus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat