Muhyiddin tandatangan SD sokongan Ismail Sabri

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara 100 orang ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Menurut sumber Bersatu, semua ahli Parlimen mereka menyokong pencalonan Ismail Sabri termasuk Presidennya.

Bagaimanapun sokongan ini mungkin berubah jika Umno gagal mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Ismail Sabri Yaakob.

Semalam Biro Politik Umno dikatakan berpecah dua antara kumpulan mahukan hanya nama Ismail Sabri di hantar dengan satu kumpulan lagi yang mahukan  beberapa nama dihantar. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat