Maszlee Yakin Calon Bebas Wakil Parti Mahathir Boleh Menang PRK Slim

- Advertisement -

TANJUNG MALIM – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa calon Bebas boleh menang dalam pilihan raya.

Menurutnya, ia melihat kepada trend dalam kalangan pengundi yang memilih calon berdasarkan kualiti dan kredibiliti dalam kepimpinan.

“Datuk Seri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) lupa pada sejarah, Tan Sri Sharir Abdul Samad pernah jadi wakil Bebas menang (pilihan raya) Johor Bharu (1988) dan saya sebagai anak Johor sendiri melihat bahawa dia boleh bawa perubahan.

“Bagi Amir (Amir Khusyairi Mohamad Tanusi) kita tidak lihat pilihan raya ini sahaja. Ini permulaan sebagai wakil kita, wakil parti politik akan muncul. Inilah politik baru kita dan kita meletak harapan tinggi,” katanya ketika ditemui pada program walkabout bersama Amir Khusyairi di Felda Trolak Utara di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Najib yang mendakwa mengundi calon Bebas tidak boleh membawa apa-apa perubahan pada program Ceramah Taqarrub di Trolak Selatan semalam.

Maszlee berkata, calon Bebas mewakili Pejuang itu disifatkan sebagai mesra dan biasa bergelumang dengan masalah rakyat.

“Bagi rakyat di Slim, kalau mengundi Amir bukan untuk pilihan raya ini sahaja, inilah bakal pemimpin Perak yang kita perlukan.

“Inilah wakil terbaik perlu diundi oleh rakyat. Tidak undi, mereka kehilangan tokoh, orang muda yang boleh bawa masa depan baik penduduk. Ini merupakan permulaan bagi Pejuang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat