21 Ogos Keputusan Tolak Atau Terima Permohonan Musa Cabar TYT

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 21 Ogos ini untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak semakan kehakiman 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak selama lebih empat jam hari ini.

Peguam Besar Sabah, Brenndon Ketih Soh berkata, mahkamah menetapkan hari Jumaat depan selepas peguam plaintif memohon memberikan jawapan bertulis terhadap hujahan yang dikeluarkan pihaknya.

“Plaintif mahu memberikan jawapan secara bertulis kepada mahkamah pada hari Rabu ini sebelum membuat keputusan Jumaat depan.

“Kami masih kekal dengan hujahan bahawa keputusan pembubaran DUN Sabah tidak boleh dicabar,” katanya ketika ditemui di lobi mahkamah.

Semakan kehakiman itu difailkan pada 7 Ogos lalu.

Permohonan berkenaan meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat – Borneo Today

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat