Agong Hargai Keprihatinan Kerajaan Bantu Rakyat

Hishamuddin Minta Maaf Kepada Waris Pejuang Yang Terkorban (Video)

KUDAT - Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh keluarga dan waris wira-wira negara yang terkorban ketika tragedi berdarah di...

Wakil Rakyat Bebas Tidak Mampu Berkhidmat Di Kuamut – Bung Muktar

TONGOD: Pengundi Kuamut diminta untuk menolak calon Bebas yang bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihanraya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26hb September yang...

Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

CYBERJAYA - PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan...

Bomba Bantu Keluarkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit antara tiang elektrik dan sebatang pokok. Dalam kejadian kira-kira...

Mohamaddin Dah Hina Wira Negara, Maaf Tiada Makna – Zahid

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap permohonan maaf Datuk Mohamaddin Ketapi sudah tidak makna lagi. Katanya, kenyataan calon Parti...

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan harapan supaya kerajaan terus memperbanyak dan melaksanakan program kesejahteraan rakyat pada masa hadapan bagi manfaat rakyat.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda sangat menyanjung tinggi pelbagai usaha keras dan langkah berani yang sudah dan bakal diambil oleh kerajaan untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata.

“Beta sudah mengikuti ucapan memanda Perdana Menteri sebentar tadi dan beta menghargai tindakan bestari kerajaan beta dalam memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.

“Beta percaya rakyat jelata akan mendapat manfaat daripada pakej-pakej itu,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong turut amat bersetuju dengan pendekatan holistik yang diambil oleh kerajaan bagi menggiatkan semula sektor ekonomi dan perindustrian negara, di samping mewujudkan ekosistem lebih mesra perniagaan dan lebih banyak peluang pekerjaan.

Titah Seri Paduka lagi, semua inisiatif dan pendekatan itu jelas membuktikan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri menyahut seruan baginda untuk sentiasa menjiwai keluh kesah dan membela nasib rakyat jelata.

Melihat urus niaga dalam talian semakin mendapat tempat di hati rakyat jelata dan sangat bersesuaian dengan norma baharu, Seri Paduka bertitah, ia wajar ditingkatkan selaras dengan matlamat negara untuk meningkatkan penggunaan teknologi dan membentuk masyarakat tanpa tunai bagi merancakkan ekonomi digital.

Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah turut menggesa supaya perkhidmatan awam bersedia melalui pembaharuan dan penambahbaikan agar ia lebih responsif dalam memudahkan urusan rakyat jelata.

“Kerajaan beta juga hendaklah terus memberi penekanan terhadap nilai integriti dan tadbir urus yang baik. Rasuah dan salah guna kuasa hendaklah terus diperangi tanpa mengira sesiapa,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Melangkah ke hadapan, Seri Paduka mahu rakyat jelata terus bersatu padu dalam memerangi pandemik Covid-19.

Al-Sultan Abdullah juga melahirkan rasa bangga melihat solidariti rakyat berbilang kaum menerusi pelbagai kerja-kerja sukarelawan yang dipamerkan sepanjang negara berhadapan dengan pandemik itu.

“Semua sifat terpuji ini sangat bertepatan dengan tema ‘Malaysia Prihatin’, bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

“Beta berkeyakinan kejayaan akan dapat kita capai menerusi sifat prihatin sesama kita sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan didukung pula dengan semangat patriotisme yang tinggi,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah, masa depan yang bakal ditempuhi bukanlah masa untuk mengadu domba perkara remeh, mahupun mencetus sengketa dalam pentas pertarungan yang hanya mengundang musibah kepada rakyat jelata.

“Sebaliknya, kita hendaklah maju melangkah ke hadapan atas landasan solidariti yang kukuh antara kerajaan beta dengan rakyat jelata, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik.

“Sahutlah seruan beta untuk kita terus kekal sehati sejiwa dan penuh muafakat dengan semangat patriotisme yang tinggi, agar negara yang kita sayangi ini kembali menempa kemajuan dan terus stabil mencapai matlamat yang diimpikan,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah juga mengajak rakyat jelata untuk bersama-sama mengorak langkah maju ke hadapan, memandangkan pada pengamatan Seri Paduka, segala dugaan itu akan dapat dihadapi menerusi pembentukan simbiosis yang erat antara kerajaan dengan rakyat.

Seri Paduka juga sedar bahawa pandemik Covid-19 belum selesai dan ia mengundang keadaan sukar yang membawa kedukaan kepada rakyat jelata, dan negara sendiri melalui pelbagai cabaran getir ekoran daripada pandemik itu.

“Beta berharap agar rakyat jelata akan terus bertabah untuk melewati saat-saat sukar yang belum pernah kita alami sebelum ini.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga Allah menjauhi negara daripada wabak penyakit yang melanda ini dan seterusnya melimpahi Malaysia yang tercinta dengan keberkatan serta keamanan dan perpaduan yang berkekalan,” titah Yang di-Pertuan Agong.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Hishamuddin Minta Maaf Kepada Waris Pejuang Yang Terkorban (Video)

KUDAT - Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh keluarga dan waris wira-wira negara yang terkorban ketika tragedi berdarah di...

Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

CYBERJAYA - PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan...

Bomba Bantu Keluarkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit antara tiang elektrik dan sebatang pokok. Dalam kejadian kira-kira...