Kenderaan Anak Bekas Setiausaha PAS Dungun Disimbah Cat Merah

- Advertisement -

DUNGUN – Kenderaan milik anak kepada bekas Setiausaha Pas Dungun, Norulalzahar Ali disimbah cat merah di kediamannya di Kampung Limbong, Paka di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian itu disedari Muhammad Hanif Norulalzahar, 21, ketika mahu keluar dari rumahnya kira-kira pukul 4.45 pagi hari sama.

Katanya, mangsa merupakan pengurus di sebuah syarikat pelancongan di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

“Muhammad Hanif mendapati kesan cat berwarna merah pada bahagian belakang kenderaan jenis Mitsubishi Pajero miliknya di samping dinding rumah.

“Kediaman dua tingkat itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan ketika kejadian kawasan di sekitarnya gelap,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat