Kluster KTV COVID-19: Singapura Gantung Dua Minggu Operasi Lebih 400 Kelab Malam

- Advertisement -

SINGAPURA: Kerajaan Singapura mengambil keputusan untuk menggantung operasi lebih 400 kelab malam selama dua minggu.

Langkah itu diambil selepas sejumlah kluster di kesan di beberapa kelab karaoke KTV dan kelab malam, menurut Pasukan Petugas Khas COVID-19 Pelbagai Kementerian (MTF) pada Jumaat.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, Kementerian Kesihatan republik itu mengesahkan laporan awal mengenai 53 kes baru jangkitan tempatan COVID-19 dengan 32 daripadanya adalah daripada kluster KTV.

Dengan 32 kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes untuk kluster berkenaan ialah 120 dalam tempoh seminggu.

Singapura sebelum ini mengumumkan pelan pemulihan untuk membuka semula lebih banyak sektor ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial di bawah Fasa 3 (Amaran Tahap Tinggi) bermula 12 Julai, 2021.

Bagaimanapun, ia amat bergantung kepada kadar vaksinasi penduduk dan ia berharap dapat memberikan vaksin lengkap kepada dua pertiga daripada keseluruhan penduduk menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Pada sidang akhbar dalam talian semalam, Pengerusi Bersama MTF, Gan Kim Yong menyifatkan jangkitan baharu daripada kluster itu sebagai ‘merencatkan usaha ke arah pemulihan’.

“Kita mesti segera bertindak menangani kemunculan kluster ini terutama untuk melindungi penduduk yang belum lengkap divaksin,” kata Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri.

Bagi menangani penularan lebih meluas dalam kalangan masyarakat, Singapura akan mengetatkan langkah pengurusan keselamatan (SMMs) komuniti di kawasan tertutup dan peraturan tanpa pelitup muka berkuat kuasa 19 Julai hingga 8 Ogos.

Selain itu, makan di kedai akan kembali kepada dua orang semeja, berbanding lima orang ketika ini.

Mereka yang belum menerima vaksin tetapi memiliki surat keputusan ujian saringan negatif atau kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, turut dibenar berada dalam kumpulan lima orang semeja di kedai makan.

Setiap individu hanya akan dianggap sudah lengkap di vaksin dua minggu selepas mereka menerima suntikan dos kedua Pfizer-BioNTech (Comirnaty) atau vaksin Moderna.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat