SPAN, Ranhill Lancar Operasi Penguatkuasaan Bersepadu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) lancar Operasi Penguatkuasaan Bersepadu bersama pengendali air bersih Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd.

Operasi yang diketuai Bahagian Penguatkuasaan SPAN itu bermula pada 15 Julai diadakan di sekitar Muar dan berakhir keesokkan harinya.

“Operasi bersepadu ini melibatkan pemeriksaan sebanyak 39 premis yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah peruntukkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“Antaranya membuat penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang, mengubahsuai meter, mengambil air dari pili bomba dan penggunaan pam sedutan sebelum tangki simpanan air dalaman,” memetik kenyataan di laman Facebook SPAN sebentar tadi.

Menurut SPAN hasil operasi tersebut, dua permis perniagaan telah diambil tindakan dibawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“Fokus diberikan kepada premis komersial yang merekodkan bacaan bil yang mencurigakan berdasarkan analisa data pengebilan bulanan oleh pihak Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

“Hasil dari operasi bersepadu yang dijalankan ini sebanyak 2 buah premis telah dikenakan tindakan dan telah diberikan Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak tidak melebihi RM 100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-keduanya sekali,” katanya lagi.

SPAN turut menegaskan akan meneruskan pemantauan dari masa ke sama bagi mengheret ‘pencuri air’ ke muka pengadilan.

“Bagi premis yang merekodkan bacaan meter yang meragukan pula, tindakan penukaran meter telah dilakukan serta merta bagi memastikan ketepatan rekod penggunaan air sekaligus mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil.

“Pihak SPAN melalui Bahagian Penguatkuasaan bersama syarikat operator air di seluruh Malaysia sentiasa memantau secara serius tanpa kompromi terhadap sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang bagi memastikan pihak yang melakukan kesalahan dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya.

Sebarang aduan berhubung kegiatan penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang sila salurkan ke [email protected] atau hubungi talian 03-8317 9333.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat