Khalid Samad Rujuk Ulama Syiah?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendapat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan perbandingan antara pemimpin Islam dan pemimpin bukan Islam dalam sesebuah negara, mendapat perhatian di kalangan netizen.

Khalid yang memberi contoh pandangan seorang ‘ulama silam’, memberi gambaran bahawa pemimpin dari kalangan orang kafir boleh jadi lebih adil berbanding dengan pemimpin dari kalangan orang Islam.

Walau bagaimanapun, Khalid tidak menamakan secara tepat nama ulama tersebut.

Pandangan ‘ulama silam’ yang dipetik Khalid adalah seperti berikut, “Kerajaan dipimpin bukan Islam boleh bertindak adil dan kerajaan dipimpin orang Islam boleh bertindak zalim.”

Khalid menjelaskan bahawa pandangan tersebut adalah bertepatan dengan keadaan orang Islam ketika ini.

Menurut Khalid, ramai dari kalangan orang Islam daripada negara-negara Islam sendiri yang berhijrah ke negara-negara yang dipimpin oleh pemimpin bulan Islam untuk mendapatkan ‘keadilan’.

“Kebenaran kata-kata ulama silam ini terbukti benar bila kita lihat suasana negara ummat Islam dewasa ini.

“Rakyat mereka berhijrah ke UK, US, Eropah (untuk) mendambakan keadilan,” tulis Khalid di laman Twitter miliknya.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang lain bertanyakan soalan kepada bekas menteri wilayah itu, berkenaan pendapat dari ‘ulama silam’ yang dimaksudkan Khalid.

Norman Dasuki turut memaklumkan bahawa pendapat daripada ‘ulama silam’ yang dipetik Khalid merupakan pendapat ulama Syiah.

“Siapa nama ulama silam tu Lid(khalid)? Bagilah link(pautan), setahu saya engkau quote(guna kenyataan) kata-kata ulama syiah tu Lid.

“Patut jahanam Lid,” kata Norman.

Beberapa pengguna akaun Twitter yang lain juga turut menggesa agar Khalid memberikan pautan atau menamakan secara jelas ulama yang dijadikan rujukannya.

Ia bagi mengelak daripada penggunaan pendapat yang tidak selari dengan akidah ummat Islam di negara ini yiang berpegang pada ajaran Islam sebenar.

Walau bagaanapun, hasil tinjauan SuaraTv mendapati Khalid masih belum menyatakan secara jelas nama ulama yang menjadi rujukannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat