Khalid Samad Bertindak Keluar Dewan Rakyat Selepas Diasak MP PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (MP), Khalid Abdul Samad (Shah Alam-PH) bertindak keluar dewan dipercayai kerana ‘panas telinga’ selepas diasak bertubi-tubi oleh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Putih-Pas).

Pada mulanya berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Nik Muhammad Zawawi mengingatkan Khalid bahawa beliau akan kehilangan kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Kita bertanding dan tentunya Shah Alam berada di Shah Alam dan bukannya di dewan ini.

“Shah Alam kena tunggu dan Shah Alam ingat apa yang saya sebut dalam sedikit masa lagi Shah Alam akan tahu di mana tempat duduk Shah Alam,” kata Nik Muhammad Zawawi.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Khalid bingkas meninggalkan ‘tempat duduk’nya di dalam Dewan Rakyat sebaik Nik Muhammad Zawawi menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja.

Tindak tanduk Khalid itu disedari Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-BN) yang kemudian memberitahu dewan ‘Shah Alam sudah lari’.

Namun, Khalid kemudian menjawab bahawa beliau tidak lari, sebaliknya hanya berjalan-jalan sebelum kelibatnya tiba-tiba hilang dari Dewan Rakyat.

Sebelum perbahasannya dicelah oleh Khalid, Nik Muhammad Zawawi merakamkan penghargaan terhadap semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang sanggup mengorbankan kepentingan dalam parti masing-masing demi menjayakan gagasan yang mulia itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat