Bank Dunia Puji Langkah Malaysia Naikkan Garis Kemiskinan Kepada RM2,208

KUALA LUMPUR – Bank Dunia memuji tindakan Malaysia menaikkan garis kemiskinan kepada RM2,208 berbanding RM980 sebelum ini.

Katanya, keputusan tersebut benar-benar “menaik taraf” dan sekali gus membolehkan kerajaan memastikan semua rakyat mampu mencapai paras minimum terbaharu itu yang mana adalah konsisten dengan keadaan semasa di Malaysia.

Menurut Pakar Ekonomi Kanan Bank Dunia, Kenneth Simler, keputusan untuk menaikkan garis kemiskinan tersebut menunjukkan kesusahan dan kesengsaran yang sebelum ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak bernasib baik tetapi masih boleh diterima masyarakat, sudah tidak boleh lagi diterima pada tahun 2020.

“Apabila mengira kadar kemiskinan sebanyak 5.6 peratus, Jabatan Perangkaan tidak membuat perbandingan dengan pendapatan setiap isi rumah kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sebanyak RM2,208 yang selalu disebut.

“Angka berkenaan adalah secara purata.

“Sebaliknya, PGK dikira secara berbeza untuk setiap isi rumah bergantung kepada berapa orang yang tinggal sebumbung dan kos barangan serta perkhidmatan asas di kawasan tersebut secara khusus.

“Ini sudah pastinya berbeza-beza di setiap daerah di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Kenneth, dasar-dasar pembasmian kemiskinan dan kemakmuran negara boleh dimanfaatkan dengan mengambil berat terhadap perincian dalam kaedah garis kemiskinan tersebut.

Tegasnya, perkara yang paling penting adalah memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang sangat memerlukan dan dana kerajaan yang terhad juga dibelanjakan dengan kaedah yang paling efisyen.

“Ini boleh dicapai dengan mencipta syarat kelayakan dan paras manfaat yang diterima kepada ciri-ciri ringkas tetapi penting seperti jumlah individu yang tinggal serumah serta mengenal pasti tempat tinggal mereka berada di kawasan yang berharga mahal atau murah,” katanya

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Kes Covid Melonjak, 4,498 Jangkitan Baru & 22 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes. Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000...

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...