Rencanakan Bajet 2023 yang boleh dilaksanakan oleh siapa pun parti, kerajaan memerintah- Pakar ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 sewajarnya diolah oleh kerajaan sedia ada dengan mengambil kira apa yang diperlukan oleh negara, rakyat dan ekonomi.

Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata, dari sudut pandang ekonomi Bajet 2023 harus mementingkan pemegang taruh bukannya bersifat kepartian yang khusus.

Tegas beliau, Bajet 2023 sepatutnya bersandarkan perspektif tidak kira siapa kerajaan dilantik – rencana belanjawan negara boleh dilaksanakan dengan cemerlang dan sempurna.

“Bajet sepatutnya diolah oleh kerajaan sedia ada- ambil kira apa yang diperlukan negara, ekonomi dan rakyat.

“Utamakan keperluan pemegang taruh bukan parti yang khusus- perspektif tak kira siapa kerajaan dilantik boleh lakasanakan bajet dengan cemerlang,” katanya kepada Suara.TV pada Jumaat.

Barjoyai berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjangkakan masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan pada Oktober ini.

Katanya, bajet itu perlu mempunyai faktor ‘wow’ kerana ia merupakan buah tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada Barisan Nasional (BN).

“Apabila kita kata bajet, ini bajet Ismail Sabri, bajet Umnolah, bajet BN. Nak pilihan raya buatlah bajet yang elok-elok.

“Tapi bajet pilihan raya ini mesti ada sesuatu yang dipanggil sebagai ‘wow factor’, jadi buatlah. Jadi, lepas pembentangan bajet, bolehlah buat pilihan raya.

“Kalau nak buat sebelum bajet buat apa, tak ada ‘mileage’ kan. Ataupun nak buat lama (lagi) selepas bajet pun tak guna juga,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, kata Barjoyai lagi memang hari ini bajet tahunan dijadikan gimik memancing undi dan hati rakyat.

Katanya, ini perbezaan pemimpin melihat persepektif jangka pendek atau jangka panjang.

“Pengumuman itu (bajet) boleh membawa kepada keriangan, keghairahan isi rumah dan pengundi – apakah rancangan belanjawan dilakukan dengan sempurna?

“Bajet itu satu cara untuk iklankan prospek yang akan diketengahkan oleh kerajaan. Tapi tak dilaksanakan dengan sempurna- tak capai matlamat,” ujaranya.

Barjoyai bagaimanapun, yakin jika pilihan raya umum diadakan selepas bajet diumumkan pastinya rakyat akan terpengaruh.

“Kalau pilihan raya diadakan serta merta lepas umum bajet – rakyat akan terpengaruh dan rakyat akan undi BN atau kerajaan hari ini BN+PN iaitu gabungan pemimpin UMNO, Bersatu dan PAS.

“Tapi rakyat keliru nak undi siapa? Undi Perdana Menteri? Perdana Menteri pun tak kekal dia bukan orang nombor satu dalam UMNO – takkan menjawab perspektif ini,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat